Tuesday, December 25, 2012

TINGKATAN 2 - BAB 2: ARAH




2.1  Bearing Sudutan
             Arah ialah kedudukan sesuatu lokasi dari lokasi yang lain.
             Untuk menentukan arah dengan lebih tepat, bearing digunakan.
             Bearing ialah arah suatu tempat atau objek yang diukur dari satu titik rujukan.
             Unit ukuran yang digunakan ialah darjah (°).
             Bearing ini juga dikenali sebagai bearing sudutan.
       2.1  Bearing Sudutan
             Bearing sudutan diukur dari arah utara (0°) mengikut pusingan jam sehingga nilai lengkap satu bulatan 360°.
             Bearing sudutan ini diukur dengan menggunakan jangka sudut atau kompas magnetik.

2.1  Bearing Sudutan
       Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180° Menggunakan Jangka Sudut.
             Langkah-langkah untuk mengukur bearing sudutan yang kurang daripada 180° ialah:
             Pilih tempat atau objek yang hendak diukur. Contohnya dari K ke L.
             Tentukan titik rujukan yang hendak digunakan. Contohnya, titik rujukan ialah K.
             Lukis satu garisan lurus antara titik K dan L.
             Buat garisan mata angin di atas titik rujukan K.
       Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180° Menggunakan Jangka Sudut.
             Letakkan jangka sudut tepat di arah utara-selatan dan pastikan titik tengah jangka sudut berada pada titik K.
             Ukur nilai sudut mengikut pusingan jam dari arah utara sehingga ke titik L.
             Kira bacaan sudut, iaitu bearing sudutan L dan K ialah 70°.

Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180° Menggunakan Jangka Sudut.

       Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180° Menggunakan Jangka Sudut.
             langkah-langkah untuk mengukur bearing sudutan lebih daripada 180° ialah:
             Lukis garisan lurus dari titik P ke Q.
             Tentukan titik rujukan, contohnya P.
             Lukis garisan mata angin di atas titik P.
             Letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah timur untuk mendapatkan nilai 180°.
       Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180° Menggunakan Jangka Sudut.
(e)  Kemudian, letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah barat dan ukur sudut Q dari P mengikut garisan lurus tadi. 
       Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180° Menggunakan Jangka Sudut.
             Kemudian, letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah barat dan ukur sudut Q dari P mengikut garisan lurus tadi, iaitu 100°.
             Campurkan nilai 180° dan 100°.
             Bearing sudutan bagi arah Q dari P ialah
     280°.


 Rumusan
              Bearing sudutan digunakan untuk menentukan arah dengan tepat.
              Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara mengikut pusingan jam dan bernilai antara 0° hingga 360°.
              Untuk mengukur bearing sudutan, jangka sudut atau kompas magnetik digunakan.
              Jangka sudut mengukur bearing dalam dua kaedah, iaitu mengukur nilai sudut yang kurang daripada 180° dan mengukur nilai sudut yang melebihi 180°.


No comments:

Post a Comment