Tuesday, December 25, 2012

TINGKATAN 2 - BAB 1: KEDUDUKAN



LATITUD DAN LONGITUD
             Latitud ialah garisan bayangan yang dilukis secara mendatar di atas glob dan peta atlas.
             Ia juga dikenali sebagai garisan lintang.
             Latitud menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke utara dan ke selatan dari Garisan Khatulistiwa dalam unit (0°).
             Garisan Khatulistiwa (0°) merupakan latitud yang terpanjang dan di lukis mengelilingi bahagian tengah bumi.
 LATITUD DAN LONGITUD
              Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan.
              Latitud di hemisfera utara bernilai antara 0° hingga 90°U, manakala latitud di hemisfera selatan bernilai antara 0° hingga 90°S.
              Terdapat empat latitud yang dilukis selari dengan Garisan Khatulistiwa, iaitu:
       a)  Garisan Artik (66½°U)
       b)  Garisan Sartan (23 ½°U)
       c)  Garisan Jadi (23 ½°S)
       d)  Garisan Antartik (66½°S)


 LATITUD DAN LONGITUD
             Longitud ialah garisan bujur yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan.
             Longitud juga disebut garisan bujur atau meridian dan dinyatakan dalam unit (°).
             Longitud utama ialah Garisan Meridian Pangkal (GMP) atau Meridian Greenwich (0°) yang melalui bandar Greenwich di London.
 LATITUD DAN LONGITUD
              Longitud dilukis dari Meridian Pangkal ke arah timur atau barat yang bernilai antara 0° hingga 180°T atau 180°B.
              Garisan 180°T atau 180°B adalah garisan yang sama yang dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).
              Garisan Tarikh Antarabangsa menentukan tarikh dan waktu bumi. Tarikh adalah sehari awal di sebelah timur GTA dan lewat sehari di sebelah barat GTA.

       Cara Menyatakan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud dan Longitud
Kedudukan Pada Glob.
             Kedudukan sesuatu tempat pada glob ditentukan dengan melihat titik persilangan antara latitud dan longitud.
             Nilai latitud dinyatakan dahulu, diikutii nilai longitud.


             Untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat pada peta atlas, bahagikan setiap petak latitud dan longitud kepada 10 bahagian yang sekata. Setiap garisan pembahagian mewakili 1 unit latitud dan longitud.
             Kedudukan beberapa bandar utama di Asia Tenggara dapat ditentukan berdasarkan peta di bawah.
       Cara Menyatakan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud dan Longitud
3. Kedudukan sesuatu tempat pada peta atlas juga boleh diperoleh daripada indeks di halaman belakang atlas.
4.  Contohnya, kedudukan Tuaran, Malaysia dalam indeks atlas ialah 6.11°U116.14°T


RUMUSAN
             Kedudukan sesuatu tempat di bumi boleh ditentukan daripada latitud dan longitud.
             Latitud ialah garisan lintang yang dilukis secara mendatar di atas glob dan peta atlas.
             Latitud mempunyai nilai antara 0° hingga 90°U atau 90°S.
             Garisan Khatulistiwa merupakan latitud yang terpanjang.
             Longitud ialah garisan bujur yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan.
             Longitud utama ialah GarisanMeridian Pangkal atau Meridian Greenwich yang bernilai 0°.
             Longitud 180°T/180°B dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA). Garisan ini membezakan tarikh antara timur danbarat bumi.
             Garisan Meridian Pangkal digunakan untuk menentukan waktu tempatan dan waktu piawai.



No comments:

Post a Comment